Wednesday, April 6, 2011

perempuan pun boleh jadi askar ape?

Baru je habis bace blog CATATAN SEORANG ASKAR. Haha. menarik cara penceritaan die. Ape yang die cerita semua real and tak semua orang ada experience macam tu. Ikhlas aku cakap, dulu aku rase askar ni tak kira la navy, airforce or darat, diorang ni agak weird sebab agak susah nak jumpa diorg kat tepi2 jalan and nak pergi tempat kerja diorg pun susah. Tapi bila aku mula berjinak-jinak dengan Persatuan Kadet Bersatu Malaysia Laut (PKBM L), aku rase, diorang ni same je macam aku. Just dari sudut susunan hari, diorang agak berdisiplin dan tegas.

Bagi sesetengah ibu, especially mama aku, dia agak sensitif bile dengar aku nak buat somthing yang agak lasak. Bagi die, perempuan mesti SHOPPING, BERCUTI, KAHWIN KENE CEPAT. Oh mentality macam ni agak melemahkan aku sebagai anak yang tak suke those benda2 kat atas tu. Hidup perlu penuh dengan risk, baru kite tau kemampuan kite yang sebenar. Itu bagi aku la kan.

Aku masuk PKBM L time form 4. Minat dengan benda ni dah lame dah. Kalau lah perempuan ada pengambilan ke MAKTAB TENTERA DIRAJA aka RMC, memang dah lame aku apply. First time bergaul dengan askar, wajib lah takut kan? Tak biasa dengan kehidupan mereka yang memang tegas, penuh dengan disiplin, pantas, ganas dan tepat. Tapi aku suke. Latihan aku dan 24 rakan yang lain di bawah jagaan Tentera Laut Diraja Malaysia di KD Sultan Ismail. First activity adalah medical checkup. Walaupun tak jadi navy yang betul, tapi tubuh badan yang sehat perlu ada sebab aktiviti yang akan di jalankan memang sangat adventure. So sape yang masuk just sebab tak nak beli uniform untuk di pakai pada hari rabu di sekolah masing2, lupekan jelah memandangkan setiap ahli dibekalkan dengan uniform TLDM yang sebenar.

Seterusnya activiti orientasi dimana kami di suai kenalkan dengan latihan tentera yang sebenar. tapi peratusan tahap kesukaran hanyalah 1% daripada latihan yang dilalui oleh rekrut sebenar. So, tak salah kalau aku cakap, tentera Malaysia sangat lah fit and tough. Sume benda boleh layan. Walaupun badan nampak besar, tapi push up 200 macam kupas kacang je. Tough kan? Kalau la aku boleh jadi macam diorang.

Tapi bagi mama, perempuan kene belajar tinggi2. Kerja kene yang berpatutan dengan tahap pendidikan. Mungkin mama tak mahu lihat anaknya mengalami keperitan sebelum kebahagiaan. Biarlah bahagia itu selalu menyelubungi kehidupan. Berada dalam kelompok pejuang negara, aku jadi lebih sedar tentang golongan sekarang yang mengharapkan keharmonian tanpa menyedari mereka sendiri mencipta sengketa. Terlibat dengan dadah dan ganja, merempit, mabuk sana sini, clubbing. Memang lah kubur masing2, tapi kalau nanti diseksa, tak ke menyusahkan orang yang di kubur sebelah sebab jeritan mereka? Para tentera sibok menaiktaraf pertahanan negara, tapi orang sekeliling saling membuka pekung di dada kepada dunia. So, pikir-pikirkanlah dan cuba jadi manusia yang lebih patriotik pada negara sendiri.

No comments:

Post a Comment