Friday, January 20, 2012

love story


i'm not going to talk too much
only wanted to say
i like to hear you love story
yeah, between you and him
so cute
so comeeell
haha. semoga berkekalan
as a PA, aku selalu doakan korang 

Sunday, January 15, 2012

sweet NINETEENTH

video

cc to :
MEYH
TITY
INTAN
EMA
PYAH

seriously, i'm proud to have all of you as my friends
a big clap for this awesome video :)


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Wednesday, January 11, 2012

Air Dicincang Tak Akan Putus

   
     Kalau nak ungkap balik semua cerita pasal aku zaman kecik start dari ada seorang adik sampai ada dua adik, memang panjang. Tapi semua kenangan tu memang tak pernah padam. Aku lahir tahun 1993 then 1995 lahir adik aku Ikmal Zaquan. Aku tak tau ape feeling aku time tu sebab kecik lagi but i just remembered yang aku cakap "yeyeah, nak tengok adik". It seams aku sangat happy la kan ada seorang adik.

     Zaman kecik-kecik memang zaman anjing dengan kucing untuk kitorang. Pantang salah sikit mesti ada je yang meletup. Mama kata ikmal susah nak mengalah, meira pulak keras kepala. bagus sangat la tu. hentak kan kepala dua2 baru senyap. Haha. Zaman kecik kitorang extream okayh. Aku tak ingat masa umur berapa, kitorang ikut ayah hantar kasut mama kat kedai kasut nak tambah tapak. ayah cakp "tunggu dalam kereta. ayah turun kejap je". Tapi kitorang anak ayah kan. Mana ayah pergi nak ikut. Aku pun turun lah. Ikmal bile nampak aku turun, die dah panas bontot nak ikut jugak. Last2 ayah masuk kereta, pergi dari situ tanpa menyedari kitorang tak masuk kereta lagi. Aku sebagai kakak yang baik dan mithali -,-" cakap dekat ikmal "ayah pegi kejap je kot amik mama. jap lagi ayah datang balik". Rupanya, lepas amik mama baru ayah datang amik kitorang. Mama marah gile kot dekat kitorang. For sure la. Kalau kene kidnap macam mana? Banyak sangat ke duit nak bayar tebusan? Haish mintak simpang Malaikay 44.

      Kitorang pun pernah kene cubit dengan ayah sampai biru lebam sebab kacau mama tengah solat. Mama dah cakap jangan main lari2 depan mama, mama nak solat. Tapi konon kitorang ni bermain untuk merapatkan hubungan adik beradikkan, peduli ape dengan mama cakap. Amik kau, ayah cubit besar punya dari start mama solat sampai mama habis. Dah la solat isyak. Masak ! Seminggu biru tak lebam. Nasib baik time kecik2 aku tak pernah pakai skirt pendek and yang sekutu dengannya. Kalau tak, kantoi la aku degil sampai kene cubit dengan ayah.

     Tapi bila dua2 dah masuk phase remaja, rasa malu tu dah ada and hubungan kitorang jadi renggang. Jadi sikit rapat bila Balqis yang lahir tahun 2002 ada. Bila adik paling bungsu nangis berebut nak senyapkan. Sayang adik lah katakan.

     TAPI...aku perasan kitorang jadi rapat semula bila aku ada dekat sini. Mungkin Allah tunaikan hasrat aku untuk rapat semula dengan adik aku. Kan BUMI KINANAH. Start aku dekat sini, mama ada cakap "Ikmal cakap die nak jadi macam akak". Aku terharu. Walaupun aku tak sebagus mana untuk di contohi, tapi aku dapat rasa adik aku appreciate ape yang aku cuba buat untuk diorang ikut. Sekarang pun kitorang dah boleh nak share everything even pasal peribadi antara satu sama lain. Mungkin untuk orang lain, "common la derr, rapat adik beradik". Tapi aku bukan macam tu, and sekarang aku ke arah itu. I'm just hopping adik beradik aku akan jadi macam adik beradik orang lain. Aku nak kami sentiasa ingat adik beradik adalah orang pertama yang akan kami cari bila kami dalam kesusahan. Hidup dekat sini sangat mengajar aku kasih sayang keluarga. Tanpa mereka bernama keluarga, kita semua tak akan ade dekat sini. Permulaan kita daripada ibu dan ayah. So, jangan sesekali bongkak dengan kejayaan dunia yang kita kecapi. Walaupun pangkat dan darjat kita lebih tinggi dari ibu dan ayah, kalau mereka tak wujud, jangan harap kita akan rasa semua nikmat tu. Peringatan ni bukan aku tujukan sesuka hati, tapi untuk peringatan aku jugak. Sebab manusia memerlukan makanan rohani dan jasmani untuk kehidupan seharian kita

Ikmal Zaquan Mohd Rasid

adik bungsu Nur Aisyah Balqis Mohd Rasid

Kami happy family :) *ignore badan aku yang gemok tu