Friday, April 15, 2011

budak-budak SEKARANG tak sama macam KITA DULU-DULU

     Tujuan sebenar kami mengadakan reunion ni adalah untuk melawat guru-guru yang dah banyak memberi jasa kepada kami, sampai la kami semua ni jadi orang macam sekarang. Semua dah meningkat remaja. Masa berjalan, dan manusia pun berubah. Dari segi penampilan, semua nampak ketara. Biasal, dara dan bujang. Tapi batas masih kami jaga. Paling banyak berubah aku rasa ARIF. Kalau dulu, nak dengar die cakap, punyalah susah. Sekarang, tak berhenti nak bercakap, gelak dan semakin berani. DAH LAMA TAK NAMPAK PEREMPUAN. *sekolah SAS dulu.

     Topik utama yang banyak kami bincangkan masa jumpa cikgu2, ialah PERANGAI BUDAK-BUDAK SEKARANG. Semua tak macam kami dulu. Kalau dulu, sape tak kenal CIKGU OTHMAN. Bila time class die, semua jadi cuak. Make sure homework siap, jaga disiplin, jangan bercakap, *mati kene tibai. Kalau ada yang langgar pantang die pun, hati kene berani menghadapi sakaratul maut. Setiap kali jalan dekat kawasan sekolah, rotan tebal ibu jari telunjuk berbalut getah tebal, x pernah tinggal. Sekali libas, memang pedih pinggul. Tapi tu DULU. Sekarang cikgu kata, budak2 dengan terang cakap diorang tak siap homework. Kene pukul pun still boleh senyum dengan selamba badak lagi. Lagi satu, budak2 sekarang dah tak boleh di pukul macam dulu. Nanti jadi kes. OH.. MEMANG TAK SAMA MACAMKAMI DULU.

     Then, time balik, terbukak cerita pasal adik2 kami yang masih belajar di sekolah tu. Masing2 merungut. "adek aku tu pemalas sikit la".." bukan adek kau je, adek aku pun".." nama pun adek kan?"..Grrr. SUMPAH TAK MACAM KAMI DULU2.

     Kadang2 rindu zaman dulu2, cara didikan kami. Tapi kalau berulang, agak tak sanggup sebab memang berat. Tapi bagi aku, x salah pun kot kalau anak2 zaman sekarang dididik macam kami dulu2 sebab lebih membuahkan hasil. Macam generasi dulu. Mereka di ajar hidup berdikari. Hasilnya, mereka dapat bertahan sehingga sekarang. Bukan kah generasi sebegitu di perlukan bagi memajukan negara kita?

     Benda2 macam ni bukan setakat berlaku dekat sekolah rendah je. Bila masuk sekolah menengah, benda ni dirujuk pada JUNIORS kami. Jika dibandingkan dengan kami dulu2 sangat lah berbeza
    Kami dulu, kalau senor cakap " Form 1, pegi coop.".." form 1, tolong basuh" form 1..form 1..dan form1. Tapi bila naek form 5, kami kurang melakukannya. Ulang. KURANG, BUKAN TAK ADA. Sebab kami dah lain blok dengan juniors. Kami lah juniors di blok sendiri.

      Tapi sekarang, bila SENIORS cakap mintak tolong, junior akan rebel balik. Pernah jadi dekat aku. Ada seorang juniors ni, aku sroh pergi beli BURGER. Almaklum, form 5 busy study. Tak ade masa nak keluar blog. Aku bagi duet 5 ringgit tanpa minta baki. Baki tu amek je la, aku belanja. (ada la baki singgit lebeh). Tapi, aku tunggu dari jam 9, sampai kol 11.30, burger aku tak sampai2. siot. Berani rebel seniors. JUNIORS ZAMAN SEKARANG!

2 comments:

  1. juniors tu ambik duet baki ke ambik duet rm5. hahaha :P

    ReplyDelete
  2. haa...
    tu yg cnfius tu
    kalau amek baki meannye die amek burger aku

    ReplyDelete