Friday, April 15, 2011

budak-budak SEKARANG tak sama macam KITA DULU-DULU

     Tujuan sebenar kami mengadakan reunion ni adalah untuk melawat guru-guru yang dah banyak memberi jasa kepada kami, sampai la kami semua ni jadi orang macam sekarang. Semua dah meningkat remaja. Masa berjalan, dan manusia pun berubah. Dari segi penampilan, semua nampak ketara. Biasal, dara dan bujang. Tapi batas masih kami jaga. Paling banyak berubah aku rasa ARIF. Kalau dulu, nak dengar die cakap, punyalah susah. Sekarang, tak berhenti nak bercakap, gelak dan semakin berani. DAH LAMA TAK NAMPAK PEREMPUAN. *sekolah SAS dulu.

     Topik utama yang banyak kami bincangkan masa jumpa cikgu2, ialah PERANGAI BUDAK-BUDAK SEKARANG. Semua tak macam kami dulu. Kalau dulu, sape tak kenal CIKGU OTHMAN. Bila time class die, semua jadi cuak. Make sure homework siap, jaga disiplin, jangan bercakap, *mati kene tibai. Kalau ada yang langgar pantang die pun, hati kene berani menghadapi sakaratul maut. Setiap kali jalan dekat kawasan sekolah, rotan tebal ibu jari telunjuk berbalut getah tebal, x pernah tinggal. Sekali libas, memang pedih pinggul. Tapi tu DULU. Sekarang cikgu kata, budak2 dengan terang cakap diorang tak siap homework. Kene pukul pun still boleh senyum dengan selamba badak lagi. Lagi satu, budak2 sekarang dah tak boleh di pukul macam dulu. Nanti jadi kes. OH.. MEMANG TAK SAMA MACAMKAMI DULU.

     Then, time balik, terbukak cerita pasal adik2 kami yang masih belajar di sekolah tu. Masing2 merungut. "adek aku tu pemalas sikit la".." bukan adek kau je, adek aku pun".." nama pun adek kan?"..Grrr. SUMPAH TAK MACAM KAMI DULU2.

     Kadang2 rindu zaman dulu2, cara didikan kami. Tapi kalau berulang, agak tak sanggup sebab memang berat. Tapi bagi aku, x salah pun kot kalau anak2 zaman sekarang dididik macam kami dulu2 sebab lebih membuahkan hasil. Macam generasi dulu. Mereka di ajar hidup berdikari. Hasilnya, mereka dapat bertahan sehingga sekarang. Bukan kah generasi sebegitu di perlukan bagi memajukan negara kita?

     Benda2 macam ni bukan setakat berlaku dekat sekolah rendah je. Bila masuk sekolah menengah, benda ni dirujuk pada JUNIORS kami. Jika dibandingkan dengan kami dulu2 sangat lah berbeza
    Kami dulu, kalau senor cakap " Form 1, pegi coop.".." form 1, tolong basuh" form 1..form 1..dan form1. Tapi bila naek form 5, kami kurang melakukannya. Ulang. KURANG, BUKAN TAK ADA. Sebab kami dah lain blok dengan juniors. Kami lah juniors di blok sendiri.

      Tapi sekarang, bila SENIORS cakap mintak tolong, junior akan rebel balik. Pernah jadi dekat aku. Ada seorang juniors ni, aku sroh pergi beli BURGER. Almaklum, form 5 busy study. Tak ade masa nak keluar blog. Aku bagi duet 5 ringgit tanpa minta baki. Baki tu amek je la, aku belanja. (ada la baki singgit lebeh). Tapi, aku tunggu dari jam 9, sampai kol 11.30, burger aku tak sampai2. siot. Berani rebel seniors. JUNIORS ZAMAN SEKARANG!

Thursday, April 14, 2011

reunion SKBM 2000-2005



I LOVE SUN FOR DAY
I LOVE MOON FOR NIGHT
AND I LOVE YOU FOR MY LIFE

Untuk kesekian kalinya
REUNION diadakan sekali lagi
macam biasa la janji manusia
berjanji itu ramai
yang menepati hanya segelintir
tapi everything was good
walaupun 8 orang je
HAPPENING macam BERIBU









I LIKE!!


Tuesday, April 12, 2011

ROADBLOCK


    Semalam, phone aku buat hal lagi. Rase macam nak baling dekat Sungai Muar pun ade jugak. Duet banyak nak pakai, tapi sume benda nak kene betolkan. Haish sengal. Tapi mama punya consideration malam tadi agak tinggi. *selalunya dia marah sebab sume benda nak guna duet and kitorg tak lah kaya sangat.

mama mira
kak, ade guarantee kn?
entahlah. ada kot
kalau ade tak payah bayar.
malam ni pergi betolkan
oh..ok2

    So malam tadi, planning awal lepas hantar mama pergi AEROBIC, nak pergi betlkan. Tapi memandangkan Balqis datang angin kus-kus die, so tak jadi la. Tapi keluar jugak. Dalam kereta ayah pesandekat aqis sruh pakai sit belt. Dekat bandar muar ni, polis merata-rata. Kadang-kadang rasa balai polis tu kecik sangat sampai setiap simpang ada polis, and polis sangat rajin sekarang. Yang meronda laen, yang terpacak laen, yang beristirehat pon ade jugak. Tetiba, tengah syo elak dengar imbasan SY dan KE, ( radio sinar ye. memandangkan driver berjiwa ala-ala 80-an), ade ROADBLOCK polis. Pergh, dengan aqis yang baring tapi bersit belt. aku yang duduk bersila tapi tak bersit belt, kitorg kene tahan. 

    Huish nasib baikpolis yang tahan pun muke macam tak matured sangat. Then die cakap kat driver, "PAKAI SIT BELT". Lol, tadi ayah suruh aqis pakai sit belt, last2 die yang tak pakai. Haha. Nasib baik tak kene tahan. Kalo tak baru betul mama aku punya consideration hilang malam tadi.

Monday, April 11, 2011

interview


Best nye bila baca dekat vocis' post
especially for those yang dapat straight A

I have ruined my life definitely!
with 8As only
what a bad dream i will faced
people were excitedly talking about their
JPA and MARA scholar
and me?
just hopping for the miracle to happen
only for the interview maybe.

Semua orang tengah busy prepare utk interview
bile ade yang post tanye sape yang x straight dpt scholar
no answer from the members
it means memang tak ade
and my dream will only become a dream

this is the greatest lesson in my life
STOP PLAYING AROUND
STOP DREAMING
ALWAYS PRAY FOR THE BEST


lg 4 bulan aku nak fly.
maybe untuk aku, aku tak sedih sangat
coz aku still capai cita2 aku untuk fly
tapi aku still tak puas
sebab aku pergi bukan based on my result
tapi based on kemampuan family
bila dah macam ni,
aku ada benda yang lagi besar untuk aku capai
A SUCCESS RESULT
COMPETE WITH OTHER EXCELLENT STUDENT
TRY TO GET A SCHOLAR FOR MY SECOND YEAR

maybe aku jugak patut try jadi maca diorang cakap
"ustazah Ameira la nanti"
oh, aku tak berapa ready untuk itu
tapi tak salah untuk aku cuba
maybe tidak sebaik itu
tapi akan lebih baik dari sekarang
dan mungkin aka capai tahap itu
Benda yang baik, tak baik kalau di tangguhkan
Ada pepatah cakap
' semakin kita mencari ilmu, semakin jahil kita. tapi,
menuntut ilmu itu mendekatkan kita kepadaNYA'
mungkin Allah menakdir kan aku dengan result itu
dan aku telah ditakdirkan ke sana
dan di sana aku ditakdirkan untuk berubah.

So, it was worst to regret for the past
but good to try for the future
Selagi kita masih melafazkan syahadat kepadaNYA
percaya lah
DIA selalu mengaturkan yang terbaik untuk hambanya
Namun kita yang bakal mencorakkannya
INGAT!
Allah selalu bersama kita

Friday, April 8, 2011

penulis muda


I just wanna try to be a novelist
macam CIKGU UJANG cakap
*hes, kasi highlight sikit
MUNSHI Bahasa Melayu tu
ajk di DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
GURU CEMERLANG Bahasa Melayu STF

"awak nak jadi penulis novel ke Ameira?"
he inspired me you know?
now, i'm trying to create a novel
but, it still in process


DOAKAN SAYA BERJAYA YA!

Wednesday, April 6, 2011

perempuan pun boleh jadi askar ape?

Baru je habis bace blog CATATAN SEORANG ASKAR. Haha. menarik cara penceritaan die. Ape yang die cerita semua real and tak semua orang ada experience macam tu. Ikhlas aku cakap, dulu aku rase askar ni tak kira la navy, airforce or darat, diorang ni agak weird sebab agak susah nak jumpa diorg kat tepi2 jalan and nak pergi tempat kerja diorg pun susah. Tapi bila aku mula berjinak-jinak dengan Persatuan Kadet Bersatu Malaysia Laut (PKBM L), aku rase, diorang ni same je macam aku. Just dari sudut susunan hari, diorang agak berdisiplin dan tegas.

Bagi sesetengah ibu, especially mama aku, dia agak sensitif bile dengar aku nak buat somthing yang agak lasak. Bagi die, perempuan mesti SHOPPING, BERCUTI, KAHWIN KENE CEPAT. Oh mentality macam ni agak melemahkan aku sebagai anak yang tak suke those benda2 kat atas tu. Hidup perlu penuh dengan risk, baru kite tau kemampuan kite yang sebenar. Itu bagi aku la kan.

Aku masuk PKBM L time form 4. Minat dengan benda ni dah lame dah. Kalau lah perempuan ada pengambilan ke MAKTAB TENTERA DIRAJA aka RMC, memang dah lame aku apply. First time bergaul dengan askar, wajib lah takut kan? Tak biasa dengan kehidupan mereka yang memang tegas, penuh dengan disiplin, pantas, ganas dan tepat. Tapi aku suke. Latihan aku dan 24 rakan yang lain di bawah jagaan Tentera Laut Diraja Malaysia di KD Sultan Ismail. First activity adalah medical checkup. Walaupun tak jadi navy yang betul, tapi tubuh badan yang sehat perlu ada sebab aktiviti yang akan di jalankan memang sangat adventure. So sape yang masuk just sebab tak nak beli uniform untuk di pakai pada hari rabu di sekolah masing2, lupekan jelah memandangkan setiap ahli dibekalkan dengan uniform TLDM yang sebenar.

Seterusnya activiti orientasi dimana kami di suai kenalkan dengan latihan tentera yang sebenar. tapi peratusan tahap kesukaran hanyalah 1% daripada latihan yang dilalui oleh rekrut sebenar. So, tak salah kalau aku cakap, tentera Malaysia sangat lah fit and tough. Sume benda boleh layan. Walaupun badan nampak besar, tapi push up 200 macam kupas kacang je. Tough kan? Kalau la aku boleh jadi macam diorang.

Tapi bagi mama, perempuan kene belajar tinggi2. Kerja kene yang berpatutan dengan tahap pendidikan. Mungkin mama tak mahu lihat anaknya mengalami keperitan sebelum kebahagiaan. Biarlah bahagia itu selalu menyelubungi kehidupan. Berada dalam kelompok pejuang negara, aku jadi lebih sedar tentang golongan sekarang yang mengharapkan keharmonian tanpa menyedari mereka sendiri mencipta sengketa. Terlibat dengan dadah dan ganja, merempit, mabuk sana sini, clubbing. Memang lah kubur masing2, tapi kalau nanti diseksa, tak ke menyusahkan orang yang di kubur sebelah sebab jeritan mereka? Para tentera sibok menaiktaraf pertahanan negara, tapi orang sekeliling saling membuka pekung di dada kepada dunia. So, pikir-pikirkanlah dan cuba jadi manusia yang lebih patriotik pada negara sendiri.

Tuesday, April 5, 2011

GREENlight


SYLMINA & NAJHAN
green light

ANIS AFIQAH & SYAFIQ NAZMI
green light

AMEIRA & HAZIQ
WAITING FOR APPROVAL

Sunday, April 3, 2011

trip to MAHKOTA PARADE

3 APRIL 2011
Selepas Kenduri Kesyukuran

Sepatutnya malam selepas kenduri, semua orang akan penat, badan rase macam nak tercabut, kaki dah patah. Tapi TIGA DARA PINGGITAN dan SEORANG TERUNA, gila extreme pegi hangout. Cakap denga mama, nak pergi jalan dekat muar je. Tapi disebalik tabir...

roy anis meena mirash

weyh, nak gi mane ni?
WETEX? haha
ape ade seyh wetex. bosan
aku nak gi maen bowling
aku on mane2
MELAKA jom.
haha. on
ON
ON

Trip to MELAKA, started. Macam budak U seyh. Padahal baru lepas SPM. Pergi macam confident gile akan sampai tempat yang nak di tuju.



Laju ke tidak si ROY tu bawak kereta korang pikir la sendiri. bertolak dari rumah 12.30, sampai melaka kol 1. Yang tu satu hal, bile dah sampai melaka, tak tau nak gi mane. Cakap memang senang. "Gi MP jom". Ceh, MP kat mane pun tak tau. Sengal punye driver. Contact orang melaka pun tak gune seyh. Kasi instruction maybe betol, tapi driver sengal. Last2, pusing punya pusing MEENA jerit. " Signboard pegi BANDAR HILIR doh. Belok kiri now! Now!". At last jumpa jugak jalan nak pergi sane. Di sebabkan aku ni rabun so, meena jadi driver ke dua. Penunjuk jalan. Gile gempak seyh, maen terjah je. Sejam terbuang sebab cari jalan. Bile nak parking, kupon pulak takde. Nak beli, nyonya jual kupon pulak sengal. Pergh..sabar jela.

Bile sampai MP, terus cari tempat bowling. Aku dah la tak pernah maen bowling. Gile tak ready kene gelak maen bowling. Tapi ade try jugak la. Ok what for the first try. Even banyak yang masuk longkang, tapi name pon first time kan. haha.

Dalam kol 3.30, kitorg baru habis satu game. Ade satu game lagi doh. So tibai je. Tanpa mengira score, janji habis. Yang diorang ni cool je. Tak pikir nak balik kol bape. Dah la tiket tak beli lagi. Silap2 tido lagi semalam dekat muar.

Time nak balik lagi satu hal. Dah keluar MP dah tak tau nak balik muar. Pusing2, nyaris2 tak excident. Ada ke driver lalu jalan sehala, and kitorg menentang arus. Gile menjerit yang 3 orang perempuan ni. Gile seyh. Pasal mati enjin tak yah cakap la. 6 kali tak termasuk time kitorg menghadapi ROAD BLOCK POLIS. huish..gile menggelabah. Bajet cool je. Banyak gile salah kalo kene tahan

muke SENGAL roy bile menentang arus dijalan sehala

tak pasang P
roy maybe kene tarik lesen
tengah tunggu turn enjin mati

Gile takot seyh. Tak memasal bapak aku kene bayar lesen. aduh..doa je time tu.. DUP..DAP..DUP..DAP.. Lepas doh. Happy nak mampos. Paling happy roy sebab lesen tak kene tarik. Meena happy sebab dare die dekat roy sekali lagi enjin mati, die post dekat blog and FB menjadi. haha. Semua orang jerit seyh time tu. Gile gaban punya happy.

Dan aku, sangat happy. Aku rase ni lah pengalaman paling extreme aku pernah ada. I'm adult now. Yeah. Hopping for the next.....

AKU NAK PERGI MELAKA DENGAN HAZIQ PULAK!
LAGI EXTREME



Tuesday, March 29, 2011

KAU dgn DIA berbeza


Haziq :)

dia MENYENANGkan aku
dia LAIN dari lelaki lain
aku KENAL dia dulu dari kau
aku SAYANG dia
dia dah banyak BERKORBAN demi aku
dia PEKA dengan kemahuan dan kehendak aku
dia BUKAN seorang yang MEMAKSA
dia PENYABAR
dia pandai MENGHORMATI WANITA
aku MENGHORMATI DIA
dia BERKEPIMPINAN
dia RAJIN, BERIMAN
PLG PENTING
dia SAYANG aku




Faiz

aku BARU kenal kau
aku tak berniat nak DUAKAN haziq
kau bukan PILIHAN HATI aku
kau KURANG MENGHORMATI aku sebagai WANITA
aku TAK MUNGKIN MENERIMA kau walaupun aku bukan milik haziq
PALING PENTING
aku SAYANG haziq
haziq SAYANG aku


*please don't ever put your hope on me
even i'm not with haziq anymore..
he will be the last people i appreciate in my life
but now,
aku masih dia punya
dan selalu jadi milik dia



Monday, March 28, 2011

excited gile mcm die yg pegi


ayahmirash

kak, tadi NAQIB call ayah
die nak cakap dengan kau.
x pasal. dari mesir ke?
ye la. beriya2 die
sape yang nak pegi ni?
excited lebeh seyh
habis la akak masuk dalam list die

*xnk aku


" Sampai masa tibanya waktu , redup hati kaum berdua , bila dua jasad bersatu , hidup mati jadi bersama "

university AL AZHAR bachelor of DENTISTRY



Cik Yah:
meira, gembiranya cik yah
semoga berjaya, belajar betul2

Naqib:
dok kat mesir laen dengan Msia
dekat sini rumah buruk2
jangan terperanjat plak

Mama:
sampai sane kene belajar betul2 eh..
buktikan dekat orang,
akak layak pergi sana.

Meira:
thanks for everyone
doakan kejayaan saya disana
walaupun dengan result yg tidak memuaskan saya
saya tahu saya boleh sebenarnya



Thursday, March 24, 2011

awak kene kuat AMEIRA


Bila satu pergi, dan diikuti lagi satu
dah macam jatuh ditimpa tangga
semuanya perlukan kesabaran
janji niat untuk berubah ada

bila kita buat sesuatu
kita kene tanggung risikonya
everything dah change sekarang
life changing
people changing
sometimes changing is the best
but for certain things
changes hurts a lot

lets remind ourselves
for every single things yang happened
ADA HIKMAH DARI ALLAH
bukan hak kita untuk menolak
tapi kadang2 ada jugak datang regret
kenapa aku buat benda ni?
kanapa aku pilih ni?
kenapa?
kenapa?
dan KENAPA?
untuk aku, aku dah semakin berani menerima penghinaan
aku semakin berani dengan setiap kata2
and aku jugak learn untuk lebih tabah
semua benda yang aku dapat
bermula dari aku
jika dihina, meannye aku pn pernah menghina
jika disindir, mean aku pn pernah menyindir
keadaan akan makin keruh kalau aku teros dengan ego aku
biarlah sesekali aku belajar mengalah
memaafkan lebih baek bukan?
cuba letak aku di tempat DIA
mungkin aku akan lebih marah
dah jadi macam ni pun dah kira ok
tapi aku cakap betul
cinta dang sayang yang pernah aku bagi
bukan sekadar pura2
ia datang dari hati kecil aku
walaupun tak seberapa
tapi aku harap akan dihargai
thanks a lot SAYANG
YOU LOVE ME BUT YOU HATE ME MORE

Wednesday, March 23, 2011

maafkan saye kerana melukai AWAK


di saat orang lain menghitung hari
GENAP SETAHUN
kami hanya mampu bertahan selama 9 bulan

di saat aku merindui dia
yang hadir hanya kepiluan
di saat aku ingin berkongsi kegembiraan
tangisan datang menemani ku
memang semua bermula dari aku
dan berakhir di tangan aku juga

Akhirnya kami berpisah
mungkin dari zahir aku kehilangan dia
tapi dalam hati, aku masih mahu menjadi miliknya
jika satu hari nanti
kami bertemu dan dia bersama orang laen
aku akan hanya tersenyum
'AKHIRNYA AWAK GEMBIRA'
dan yang akan mendampingi dia
aku harap kau dapat menjaganya
lebih dari diri kau sendiri
dia insan mulia
insan yang sentiasa menyayangi kau
bila kau menjadi miliknya
dia insan sederhana
yang tau harga diri dan ketertiban tatasusila
dia sempurna tiada celanya
dan aku hanya seorang insan
yang menolak tuah
sayangilah dia selagi kau masih ada kesempatan
bila kau kehilangan dia
menyesal sampai mati pun tak berguna

DIA paling BERHARGA
DIA paling ISTIMEWA
DIA paling SEMPURNA
percayalah
walaupun kami berpisah
aku masih belum dapat penggantinya

SAYA RINDU AWAK SANGAT2!