Wednesday, March 23, 2011

maafkan saye kerana melukai AWAK


di saat orang lain menghitung hari
GENAP SETAHUN
kami hanya mampu bertahan selama 9 bulan

di saat aku merindui dia
yang hadir hanya kepiluan
di saat aku ingin berkongsi kegembiraan
tangisan datang menemani ku
memang semua bermula dari aku
dan berakhir di tangan aku juga

Akhirnya kami berpisah
mungkin dari zahir aku kehilangan dia
tapi dalam hati, aku masih mahu menjadi miliknya
jika satu hari nanti
kami bertemu dan dia bersama orang laen
aku akan hanya tersenyum
'AKHIRNYA AWAK GEMBIRA'
dan yang akan mendampingi dia
aku harap kau dapat menjaganya
lebih dari diri kau sendiri
dia insan mulia
insan yang sentiasa menyayangi kau
bila kau menjadi miliknya
dia insan sederhana
yang tau harga diri dan ketertiban tatasusila
dia sempurna tiada celanya
dan aku hanya seorang insan
yang menolak tuah
sayangilah dia selagi kau masih ada kesempatan
bila kau kehilangan dia
menyesal sampai mati pun tak berguna

DIA paling BERHARGA
DIA paling ISTIMEWA
DIA paling SEMPURNA
percayalah
walaupun kami berpisah
aku masih belum dapat penggantinya

SAYA RINDU AWAK SANGAT2!

1 comment: