Monday, June 6, 2011

athur


woi
haha, thanks for the post
tak larat weyh

sory, aku curi dr album kau

pst : pasal cucu tu
aku xnak pun kot
tak gune ade cucu cam diorg
haha


Monday, May 16, 2011

saya tak SEHEBAT mereka :(


event : layan fb dgn blog
mood : agak disappointed dengan diri sendiri
ouh.bila bukak FB then terus pergi dekat group VOCI
most of the post pasal diorang dapat scholar
then ade yang akan buat foundation
after 2 years, insyAllah akan fly
aku fly jugak, tapi aku tak suka dengan cara macam ni
mungkin ada yang cakap aku untung
tapi rase die tak same kan dengan fly because of scholar

tapi aku bersyukur, aku still ade peluang tu
maybe bukan rezeki aku ka untuk dapat scholar tu
and maybe Allah nak aku jadi insan yang lebih bersyukur
dan aku perlu ubah menjadi seorang yang lebih peka
jangan anggap mudah dengan setiap yang aku lalui
sebab setiap satu yang berlaku ada impak pada akhirnya

now, aku tengah fulfill kan hari2 aku dengan sesuatu yang indah

sesuatu yang lebih bernilai lah

ok, special post pada mereka yang dah berjaya dapatkan scholar,
yang akan fly tahun ni or 2 tahun lagi

LIYANA SYAHIRAH
scholar from Exxon mobile in engineering. further her studies in US

NUR AMIRAH AZMAN
scholar from PETRONAS for geophysics in Canada
QISTINA KAMARULZAMAN
scholar from PETRONAS for mechanical engineering in Australia

ZARIEF QISTINA
JPA scholar. twinning program in M'sia 2 years then 4 year in Japan for engineering

FARHANAH RAZALI
JPA scholar. 2 years for foundation then 5 year in ireland for medic
 
ramai lagi actually, just tak lrat nak check dekat FB pasal course diorang
ZAKIAH NORDIN
ALLIA AMALINA
FARAH AMALINA
ADIBAH SYAZWANI
AQILAH ABU
HAJAR JAMIL

mereka hebat bukan?
insyAllah aku pun akan ikut jejak diorag dapatkan scholar tu for second year

so just bersyukur dengan ape yang kite ade

*psst.. I LOVE YOU MUHAMMAD HAZIQ
 

Monday, May 9, 2011

PANGGILAN HANGIT dari SURIA FM


SURIA FM ada buat panggilan hangit ke?
ada la kan? kalau tak ada tak kan aku kene

semalam aku dapat satu call
pemanggil : hello, ni AMEIRA RASID ke?
(full name tu sebut)
aku : ye saya.
pemanggil : kami dari SURIA FM.
aku : SURIA FM? ye kenapa?
bila pulak aku masuk contest diorang? bukak pun tak pernah
pemanggil : kenapa line tak clear eh?
*tetiba ada suara berkata " bodoh, ni no pempuan kau bagi bangang"
ada ke orang SURIA FM cakap macam ni?
aku : coverage dekat sini tak bagus la. dekat kawasan kampung
pemanggil : kampung? RENGIT ke? *gelak
aku letak terus. SIOT ARIFUDDIN RADHI!

Aku punya lah berbunga-bunga indah
dalam hati ada la jugak mengharapkan panggilan dari scholarship ke
tak pun SURIA FM nak bagi aku duet ke
sekali PANGGILAN HANGIT
siot gile. Kenapa aku yang jadi mangsa?
teraniaya tu.

Monday, May 2, 2011

Wahyu Terakhir Nabi Muhammad & Misi Gereja Vatican


1. Kita di ajar di dalam biology bahawa untuk mendapatka VITAMIN B dan MENAMBAH DARAH, kita perlu makan hati haiwan dan hati ayam. Sedangkan NABI MUHAMMAD S.A.W tmelarang sama sekali pemakanan organ dalaman haiwan. Pemakanan ini akan melembat akal fikiran kita dan sukar untuk berfikir dengan baik. 

2. Dalam buku sains terbitan Yahudi laknat, kita di larang minum air kopi kerana katanya tidak bagus untuk kesihatan. Sedangkan kopi adalah salah satu minuman kegemaran Nabi Muhammad S.A.W. Dan menurut seorang BISHOP, setiap seorang professor mereka di gereja, akan memegang secawan kopi setiap kali mereka menelaah.

3. Kita diajar bahawa, MAKAN KAMBING akan meningkatkan kolesterol. Sedangkan kambing juga salah satu makanan kegemaran Rasulullah. Ini ibarat mereka sedang memperkotak-katikkan sunnah Rasulullah kita.


4.Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat,

serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium,

magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Oleh itu, sedar lah wahai umat manusia dan nasihat-menasihatilah antara kita agar kita tidak mudah tertipu dengan sumber-sumber ilmu yang di terapkan di dalam diri kita oleh para YAHUDI LAKNAT.

Sunday, May 1, 2011

KALAU LAH DIA TAHU BETAPA KECILNYA HATI SAYA MALAM TADI...

KALAU LAH DIA TAHU BETAPA SABARNYA SAYA MENUNGGU CERITANYA MALAM TADI

DAN KALAU LAH DIA TAHU BETAPA BANYAK AIR MATA YANG SAYA CURAHKAN MALAM TADI....




MESTI DIA AKAN PUJUK SAYA
itu satu harapan sebenarnye

kisah HINDUSTAN dan ANAK LAUT di DINING HALL


time benda ini di coret,
aku berada di hadapan televisyen
menonton PANGGUNG SABTU
pelakon hari ini
KAREENA KAPOOR dgn SYAHEED KAPOOR
 masuk otak pulak name diorang ni


time dekat sekolah
nak tengok TV mesti pergi DINING HALL
kodi kan? Time kitorang juniors,
syok betol tengok senior duduk depan TV 24 jam.
bile time kitorang, cikgu amek pulak.

PANGGUNG SABTU start 3 o'clock
dekat tv3, and akan habis kol 6.
*cis time prep muke sume macam cekodok
time tengok hindustan ok plak
walaupu hanya duduk atas kerusi plastik berwarna biru
tangan beralaskan meja yang meleki-lekit sebab nasi tumpah
layan tetap layan.
Bila tengok ramai-ramai,
yang tak lawak pun gelak
yang sedih tak nanges pulak
malu la doe kalau nanges
title minah HEARTLESS hilang la seyh
semua bajet, cover, cool
padahal bile bace diary, takat leley je sume
tak leyh pakai betul title tu

Bagi ANAK LAUT
kami ada special place for kitorang je
kat mana? kat mana?
dekat tempat juniors
JUNIORS MANE TENGOK TV
JUNIORS KENE PERGI AKTIVITI SURAU
BERSIHKAN SURAU
orang laen?
diorang jarang sangat ikut kitorang ni
bukan tak kamcing
tapi maybe tak selesa sangat kot tengok dengan kitorang
muka macam SINGA

CONCLUSION
aku miss moment contorl nanges and cover heartless tu
cerita tak lah best sangat
just the moment we spent together
brought a lot meanings
GUYS, I MISS ALL OF YOU

Thursday, April 28, 2011

SAI BABA : kemushkilan tentang kedatangan dajal

 saya tertarik dengan isu yang di bincangkan di blog ini
mungkin ianya sudah lama,
tapi tak salah kita saling mengingati
 
 "sesungguhnya manusia itu sering dalam kerugian. Oleh itu,
berpesan-pesan lah antara kamu supaya kamu tergolong
dalam golongan orang2 yang beriman"

     Sebagai umat Islam kita sering diingatkan tentang kehadiran Dajjal yang akan muncul pada akhir zaman di mana dia akan mengumpul sebanyak munkin pengikut dan membawa kemusnahan dunia.
                                    TANDA-TANDA KECIL HARI KIAMAT
                                    1. penakhlukan BAITUL MAKDIS
                                   2. ZINA bermaharajalela
                                   3.PEMIMPIN daripada golongan orang yang JAHIL dan FASIK
                                   4.MUZIK bermaharajalela
                                  5.MENGHIAS dan MEMBANGGAKAN MASJID
  
   dan banyak lagi...

                                 TANDA-TANDA BESAR
  •  Hijaunya bumi arafah.
  • Lahirnya ramai anak anak zina dari perkahwinan tidak sah atau perceraian tidak diluluskan mahkamah.
  • Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
  • Keluar asap tebal dibumi hijaz.
  • Munculnya nabi palsu yang ke 40.
  • Diangkat al-Quran dan Ilmu addin dari manusia.
  • Berlaku perang besar dikawasan kaukasus
  • Runtuhnya Ka'abah diserang oleh orang habshah
  • 3 kali gempa bumi
  • Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.
  • Bermulalah kekuasaan Dajjal.
  • Munculnya Imam Mahdi.
  • Turunnya Nabi Isa a.s.dan azannya mematikan yakjuj makjuj.
  • Matahari terbit dari ufuk barat.
  • Terdengar tiupan sangkakala pertama
      Sai Baba ini di lahirkan dan tinggalDesa Nilayam Puthaparti, wilayah timur Khurasan, tepatnya India Selatan. Kehadirannya agak menggegarkan dunia akibat kebolehannya dan dia telah meraih berjuta pengikut. Negara seperti Malaysia juga terkena tempiasnya apabila terdapat beberapa buah kedai miliknya.
 
     Lelaki ini mempunyai kebolehan untuk menghidupkan orang yang mati, menyembuhkan orang lumpuh dan buta, bahkan mampu menurunkan hujan dan mengeluarkan tepung dari tangannya. Ia juga mampu berjalan melintasi belahan bumi dalam sekejap, menciptakan patung emas, merubah besi menjadi emas, dan banyak lagi..

     Terdapat beberapa persamaan di antara dajjal dan Sai Baba. Antaranya ialah :
1. Dajjal tidak mempunyai anak manakal Sai Baba seorang yang mandul dan tidak berkahwin
2.Dajjal itu buta dan Sai Baba pernah mengalami buta ketika di lahirkan dan telah sembuh  
   setalah menerima rawatan
3.Dajjal akan mengakui dirinya sebagai nabi dan tiada nabi sebelumnya. Sai Baba telah   
   mengaku dirinya sebagai nabi bagi umat manusia     

Untuk maklumat selanjutnya, anda boleh la melawati blog itu, dan peroleh lebih banyak input tentang DUNIA ZAMAN SEKARANG

Tuesday, April 26, 2011

BEN ASHAARI KENANG MASA SEKOLAH ..

wow, excited gile nak join segment ni
memandangkan aku baru je 18 tahun
that's mean baru habis sekolah
so, memory zaman sekolah masih kuat lagi


SEGMENT KENANG MASA SEKOLAH AMEIRA BINTI MOHD RASID :)

     Assalammualaikum. Aku meira. Sekolah dulu semua perempuan dekat SEKOLAH TUN FATIMAH. Kalau ikut pandangan aku ketika zaman jahiliah, aku rase susah nak coperate dengan perempuan ni. Mudah SENTAP. Macam aku la. Haha. Tapi kalau kawan aku jenis yang tak amik hati, aku ok je. Tapi aku memang nak duduk jauh sikit dari family. Haha. Macam best je sume benda kene buat sendiri. Tapi, budak STF tak macam perempuan lain. GANAS!! haha.

    Time form one, benda paling memalukan aku adalah, time first time nak start sekolah. Nama pun JUNIOR. So, pagi kene bangun awal.Pukul 4 aku dah dalam toilet. *satu hari je padahal. hari seterusnya bangun kol 5.Time pagi tu, aku dah siap2 aku lock la locker. Then terus keluar. Sekali perasan socks aku tak amik. Dalam locker. Bila nak pergi amik, aku baru perasan kunci dah tertinggal dalam locker. Haish! Kalau tak pakai, aku la formone paling gempak nanti. senior pun pakai socks. Tetiba seorang senior dalam dorm aku offer stokin die. Ceh, muka nampak baik hati, padahal dalam tak ikhlas langsung. Aku yang agak DUNGU masa tu, terima je la. Bila dah balik sekolah tu, aku dengan BANGGA pergi pulangkan socks yang aku dah pakai tu dekat die balik.SENGAL! Kakak tu tengok aku pun macam nak terkam je doh. haha. Aku pun bebal. Pergi pulangkan benda kotor tu buat ape. Wajib la die marah. Seminggu kakak tu ungkit cite pasal socks dia dan aku. siot je.

     The other year macam biase je. Tapi time form 5, aku rase aku kene balik ape yang aku dah buat padasenior tu. Tapi bukan pasal socks. Tapi pasal burger. Bile dah form 5, wajib la busy kan. STUDY SPM. *study la sangat. So nak makan pun kadang2 rase macam beban dan buang masa. Tetiba satu malam aku rasa lapar. Andkebetulan seorang FORM ONE STUDENT lalu. Aku mintak la tolong die belikan burger dekat kantin tu. Aku bagi RM5, baki die amik, sebagai upah. Sepanjang penantian tu, aku tersangatlah hope. Tapi........aku tunggu dari pukul 9, sampai 11.30, burgeraku tak sampai lagi. BENGONG. Mana burger aku? Tak pun, bagi la duet aku tu balik. Yang aku paling confius, BERANI GILE JUNIORS LAWAN SENIOR!

     

     Ni lah cerita seorang bekas pelajar yang baru sahaj menamatkan pembelajarannya. Kadang2 rindu jugak time2 macam ni. Tapi bile pikir pasal hidup dengan rules, rindu tu macam lenyap sekejap.


Monday, April 25, 2011

meet HIM again. Maybe for the last in 2011, and it make me dissappointed




 

10.00 pm-12.00 am
yahoo massenger
after 4 months

I REALLY MISS YOU

and it will be the last chance to do something like this
saya RINDU awak
saya SAYANG awak
tunggu saya ye
saya JANJI akan bawa awak jumpa mama denga ayah
saya nak mereka tau
THIS BOY will make their daughter LAUGH
THIS BOY will make their daughter HAPPY
THIS BOY will make their daughter LAST LONGER

saya tau pilihan saya tak salah
maaf kalau awak terluka
tapi, ini bukan bererti semuanya berakhir
hanya terhenti seketika
sebab ada benda yang lagi penting
yang perlu kita uruskan


temuduga KPLSPM, 18 APRIL 2011


Tempat : IPG Tun Husin On
Waktu : 8 a.m

     Aku temuduga dekat Batu Pahat. *Kenapa KPM  tak nak buat dekat Muar? Kampung ke? Fine. So di sebabkan interview tu hari isnin, ayah kerja, mama kena pergi JB, so aku kene stay rumah ucu satu malam and die akan hantar aku kt tempat interview tu. Actually tak check sangat pun ape die nak, dekat mane interview tu, and essay pun tak buat. Haha. Why? SEBAB AKU NAK INTERVIEW JE. So aku tak care sangat. hes. Bila tanya semua orang pasal tempat interview, sume cakap dekat UTHM. So aku excited la sangat sebab nak masuk U kan?

     Pada malam yang berbahagia tu, orang yang nak interview esok hari sepatutnya tidur. Tapi aku, baru nak buat essay. Ada berani macam aku? Haha. Penat aku perah otak. Tetiba dapat idea THE BEST SOLUTION UNTUK SIAPKAN ESSAY. Ape lagi, share dengan orang la kan. hahahaha. So, TEXT CE'EX! Baik punya cara. satu idea aku, satu idea dia, ok la tu. Kalo essay tu kene tolak, bukan aku kesah pun. Haha. Sekejap je pun buat essay tu. PADAHAL! Yang stay lama2 tu, texting sebenarnye.

     Esok pagi, lepas breakfast, ucu hantar. Excited kot. UTHM tu. Sekali time otw, aku nampak signboard KOLEJ PERGURUAN TUN HUSIN ONN. Shitt! Kat sini ke? Aku suruh ucu aku check and die cakap, "dekat IPTHO, bukan UTHM". Elehai, iptho je seyh, bajet gile uthm. So aku call semua SUMBER YANG TAK BOLEH DIPERCAYAI tu, bg tau dekat iptho sebenarnye. bukan uthm. SENGAL. Jam menunjukkan 7.30 masa tu.Pintu bilik interview pn berkunci lagi tau.Tapi aku dah tercegat depan pintu. Nampak macam excited bukan? Tapi sebenarnye aku nak balik. BOSAN!

     Dalam pukul 8.30, urusetia *maybe pensyarah kat situ, dah suruh bg fail. Macam aku cakap, aku memang tak prepare ape2. So, aku tak letak gambar pada borang tu, tak photocopy sijil2, haha, memang miserable. Tapi aku buat2 cool je. Then first of all, kitorang kene ujian insak. Senang je. Macam jawab soal selidik kaunseling tu. Then ada INTERVIEW GROUPING. Tajuk, KOKURIKULUM. Time ni, cakap je apa2 cadangan. Tapi make sure la yang boleh impress orang tu. Jangan cakap benda yang sama je mcm orang lain cakap. Then try to give SOMETHING NEW AND SINCERE. Cakap jangan ikut buku karangan tu. Name pun pendapat kan? So perah la otak korang tu sebaik mungkin. After habis, kitorang kene tunggu untuk INDIVIDU INTERVIEW. Haa...benda buat aku cuak gila2. Aku tak tau ape2 langsung pasl ISU TERKINI PENDIDIKAN MALAYSIA. It something like NKRA? ISU OBESITI DI KALANGAN PELAJAR? APE BEZA MAKTAB DAN KOLEJ PERGURUAN? and what so ever. So aku akan tibai, "saya tak tau puan". Aku takut die tengking aku je sebab sume benda tak tau. Aya cikgu, tapi anak haprak. ahaha. segan2.

     Bila loceng dah bunyi, aku tau la dah tibe time aku. Haha. Soalan

1. PERKENALKAN DIRI ANDA SERBA SEDIKIT
2. APA ANTARA ISU SEMASA PENDIDIKAN YANG ANDA TAU?
3. APA BEZA MAKTAB DAN KOLEJ PERGURUAN?
4. PERNAH DENGAR PASAL GURU TIDAK BERTAULIAH?
5. KENAPA NAK JADI GURU?
6. APA DIA dy/dx? *additional mathematics
7. WHAT IS INFINITY?
8.WHEN dy/dx BECOMES ZERO?
9.DO YOU AGREE IF WE SENT YOU TO NEW ZEALAND? US?

     Untuk soalan terakhir tu, memang aku setuju, tapi bukan sebagai guru kot. Sebagai DENTIST. Maaf, saya hanya pergi untuk suka-suka kerana mahukan pengalaman interview. Terima Kasih kerana melayakkan saya. :). Btw, tak la teruk pun kalo jadi guru. Tanpa guru, tak de la dentist. Tapi minat aku bukan di situ. Pada calon2 lain, bila pergi apa2 interview, preparation bukan di buat satu hari, tapi lama. Kerana, kejayaan tak akan datang bergolek, kita perlu usaha.

Saturday, April 16, 2011

BEN ASHAARI GEGAR LAGI


okayh,
first time joint
sebab a new comer
for other follower
jom la joint

Friday, April 15, 2011

budak-budak SEKARANG tak sama macam KITA DULU-DULU

     Tujuan sebenar kami mengadakan reunion ni adalah untuk melawat guru-guru yang dah banyak memberi jasa kepada kami, sampai la kami semua ni jadi orang macam sekarang. Semua dah meningkat remaja. Masa berjalan, dan manusia pun berubah. Dari segi penampilan, semua nampak ketara. Biasal, dara dan bujang. Tapi batas masih kami jaga. Paling banyak berubah aku rasa ARIF. Kalau dulu, nak dengar die cakap, punyalah susah. Sekarang, tak berhenti nak bercakap, gelak dan semakin berani. DAH LAMA TAK NAMPAK PEREMPUAN. *sekolah SAS dulu.

     Topik utama yang banyak kami bincangkan masa jumpa cikgu2, ialah PERANGAI BUDAK-BUDAK SEKARANG. Semua tak macam kami dulu. Kalau dulu, sape tak kenal CIKGU OTHMAN. Bila time class die, semua jadi cuak. Make sure homework siap, jaga disiplin, jangan bercakap, *mati kene tibai. Kalau ada yang langgar pantang die pun, hati kene berani menghadapi sakaratul maut. Setiap kali jalan dekat kawasan sekolah, rotan tebal ibu jari telunjuk berbalut getah tebal, x pernah tinggal. Sekali libas, memang pedih pinggul. Tapi tu DULU. Sekarang cikgu kata, budak2 dengan terang cakap diorang tak siap homework. Kene pukul pun still boleh senyum dengan selamba badak lagi. Lagi satu, budak2 sekarang dah tak boleh di pukul macam dulu. Nanti jadi kes. OH.. MEMANG TAK SAMA MACAMKAMI DULU.

     Then, time balik, terbukak cerita pasal adik2 kami yang masih belajar di sekolah tu. Masing2 merungut. "adek aku tu pemalas sikit la".." bukan adek kau je, adek aku pun".." nama pun adek kan?"..Grrr. SUMPAH TAK MACAM KAMI DULU2.

     Kadang2 rindu zaman dulu2, cara didikan kami. Tapi kalau berulang, agak tak sanggup sebab memang berat. Tapi bagi aku, x salah pun kot kalau anak2 zaman sekarang dididik macam kami dulu2 sebab lebih membuahkan hasil. Macam generasi dulu. Mereka di ajar hidup berdikari. Hasilnya, mereka dapat bertahan sehingga sekarang. Bukan kah generasi sebegitu di perlukan bagi memajukan negara kita?

     Benda2 macam ni bukan setakat berlaku dekat sekolah rendah je. Bila masuk sekolah menengah, benda ni dirujuk pada JUNIORS kami. Jika dibandingkan dengan kami dulu2 sangat lah berbeza
    Kami dulu, kalau senor cakap " Form 1, pegi coop.".." form 1, tolong basuh" form 1..form 1..dan form1. Tapi bila naek form 5, kami kurang melakukannya. Ulang. KURANG, BUKAN TAK ADA. Sebab kami dah lain blok dengan juniors. Kami lah juniors di blok sendiri.

      Tapi sekarang, bila SENIORS cakap mintak tolong, junior akan rebel balik. Pernah jadi dekat aku. Ada seorang juniors ni, aku sroh pergi beli BURGER. Almaklum, form 5 busy study. Tak ade masa nak keluar blog. Aku bagi duet 5 ringgit tanpa minta baki. Baki tu amek je la, aku belanja. (ada la baki singgit lebeh). Tapi, aku tunggu dari jam 9, sampai kol 11.30, burger aku tak sampai2. siot. Berani rebel seniors. JUNIORS ZAMAN SEKARANG!

Thursday, April 14, 2011

reunion SKBM 2000-2005



I LOVE SUN FOR DAY
I LOVE MOON FOR NIGHT
AND I LOVE YOU FOR MY LIFE

Untuk kesekian kalinya
REUNION diadakan sekali lagi
macam biasa la janji manusia
berjanji itu ramai
yang menepati hanya segelintir
tapi everything was good
walaupun 8 orang je
HAPPENING macam BERIBU









I LIKE!!


Tuesday, April 12, 2011

ROADBLOCK


    Semalam, phone aku buat hal lagi. Rase macam nak baling dekaSungai Muar pun ade jugak. Duet banyak nak pakai, tapi sume benda nak kene betolkan. Haish sengal. Tapi mama punya consideration malam tadi agak tinggi. *selalunya dia marah sebab sume benda nak guna duet and kitorg tak lah kaya sangat.

mama mira
kak, ade guarantee kn?
entahlah. ada kot
kalau ade tak payah bayar.
malam ni pergi betolkan
oh..ok2

    So malam tadi, planning awal lepas hantar mama pergi AEROBIC, nak pergi betlkan. Tapi memandangkan Balqis datang angin kus-kus die, so tak jadi la. Tapi keluar jugak. Dalam kereta ayah pesandekat aqis sruh pakai sit belt. Dekat bandar muar ni, polis merata-rata. Kadang-kadang rasa balai polis tu kecik sangat sampai setiap simpang ada polis, and polis sangat rajin sekarang. Yang meronda laen, yang terpacak laen, yang beristirehat pon ade jugak. Tetiba, tengah syo elak dengar imbasan SY dan KE, ( radio sinar ye. memandangkan driver berjiwa ala-ala 80-an), ade ROADBLOCK polis. Pergh, dengan aqis yang baring tapi bersit belt. aku yang duduk bersila tapi tak bersit belt, kitorg kene tahan. 

    Huish nasib baikpolis yang tahan pun muke macam tak matured sangat. Then die cakap kat driver, "PAKAI SIT BELT". Lol, tadi ayah suruh aqis pakai sit belt, last2 die yang tak pakai. Haha. Nasib baik tak kene tahan. Kalo tak baru betul mama aku punya consideration hilang malam tadi.