Monday, April 25, 2011

temuduga KPLSPM, 18 APRIL 2011


Tempat : IPG Tun Husin On
Waktu : 8 a.m

     Aku temuduga dekat Batu Pahat. *Kenapa KPM  tak nak buat dekat Muar? Kampung ke? Fine. So di sebabkan interview tu hari isnin, ayah kerja, mama kena pergi JB, so aku kene stay rumah ucu satu malam and die akan hantar aku kt tempat interview tu. Actually tak check sangat pun ape die nak, dekat mane interview tu, and essay pun tak buat. Haha. Why? SEBAB AKU NAK INTERVIEW JE. So aku tak care sangat. hes. Bila tanya semua orang pasal tempat interview, sume cakap dekat UTHM. So aku excited la sangat sebab nak masuk U kan?

     Pada malam yang berbahagia tu, orang yang nak interview esok hari sepatutnya tidur. Tapi aku, baru nak buat essay. Ada berani macam aku? Haha. Penat aku perah otak. Tetiba dapat idea THE BEST SOLUTION UNTUK SIAPKAN ESSAY. Ape lagi, share dengan orang la kan. hahahaha. So, TEXT CE'EX! Baik punya cara. satu idea aku, satu idea dia, ok la tu. Kalo essay tu kene tolak, bukan aku kesah pun. Haha. Sekejap je pun buat essay tu. PADAHAL! Yang stay lama2 tu, texting sebenarnye.

     Esok pagi, lepas breakfast, ucu hantar. Excited kot. UTHM tu. Sekali time otw, aku nampak signboard KOLEJ PERGURUAN TUN HUSIN ONN. Shitt! Kat sini ke? Aku suruh ucu aku check and die cakap, "dekat IPTHO, bukan UTHM". Elehai, iptho je seyh, bajet gile uthm. So aku call semua SUMBER YANG TAK BOLEH DIPERCAYAI tu, bg tau dekat iptho sebenarnye. bukan uthm. SENGAL. Jam menunjukkan 7.30 masa tu.Pintu bilik interview pn berkunci lagi tau.Tapi aku dah tercegat depan pintu. Nampak macam excited bukan? Tapi sebenarnye aku nak balik. BOSAN!

     Dalam pukul 8.30, urusetia *maybe pensyarah kat situ, dah suruh bg fail. Macam aku cakap, aku memang tak prepare ape2. So, aku tak letak gambar pada borang tu, tak photocopy sijil2, haha, memang miserable. Tapi aku buat2 cool je. Then first of all, kitorang kene ujian insak. Senang je. Macam jawab soal selidik kaunseling tu. Then ada INTERVIEW GROUPING. Tajuk, KOKURIKULUM. Time ni, cakap je apa2 cadangan. Tapi make sure la yang boleh impress orang tu. Jangan cakap benda yang sama je mcm orang lain cakap. Then try to give SOMETHING NEW AND SINCERE. Cakap jangan ikut buku karangan tu. Name pun pendapat kan? So perah la otak korang tu sebaik mungkin. After habis, kitorang kene tunggu untuk INDIVIDU INTERVIEW. Haa...benda buat aku cuak gila2. Aku tak tau ape2 langsung pasl ISU TERKINI PENDIDIKAN MALAYSIA. It something like NKRA? ISU OBESITI DI KALANGAN PELAJAR? APE BEZA MAKTAB DAN KOLEJ PERGURUAN? and what so ever. So aku akan tibai, "saya tak tau puan". Aku takut die tengking aku je sebab sume benda tak tau. Aya cikgu, tapi anak haprak. ahaha. segan2.

     Bila loceng dah bunyi, aku tau la dah tibe time aku. Haha. Soalan

1. PERKENALKAN DIRI ANDA SERBA SEDIKIT
2. APA ANTARA ISU SEMASA PENDIDIKAN YANG ANDA TAU?
3. APA BEZA MAKTAB DAN KOLEJ PERGURUAN?
4. PERNAH DENGAR PASAL GURU TIDAK BERTAULIAH?
5. KENAPA NAK JADI GURU?
6. APA DIA dy/dx? *additional mathematics
7. WHAT IS INFINITY?
8.WHEN dy/dx BECOMES ZERO?
9.DO YOU AGREE IF WE SENT YOU TO NEW ZEALAND? US?

     Untuk soalan terakhir tu, memang aku setuju, tapi bukan sebagai guru kot. Sebagai DENTIST. Maaf, saya hanya pergi untuk suka-suka kerana mahukan pengalaman interview. Terima Kasih kerana melayakkan saya. :). Btw, tak la teruk pun kalo jadi guru. Tanpa guru, tak de la dentist. Tapi minat aku bukan di situ. Pada calon2 lain, bila pergi apa2 interview, preparation bukan di buat satu hari, tapi lama. Kerana, kejayaan tak akan datang bergolek, kita perlu usaha.

No comments:

Post a Comment