Tak tau macam mana nak express
tapi sejak saya cakap untuk berpisah
hati saya makin lama makin rindu
rindu nak dengar khabar dari awak
bila saya bosan, saya ingat awak
ni ke petunjuk daru Tuhan tentang hubungan kita?
Betul ke Dia sedang tunjuk dekat saya
Awak la yang pertama dan awak yang terakhir?
Tapi kenapa hati saya berbelah bagi?
Dalam bilik ada bantal awak
Dalam phone ada gambar awak
Dalam locker ada baju awak,
Dalam buku ada nama awak,
Semua ada awak!
Tapi hati saya kata tak larat untuk semua ni
Saya tak bersedia lagi sebenarnya
Sebab saya jauh lebih jahat dari ape yang awak sangka
Hati saya pernah berbelah bagi antara awak dan orang lain
Saya rasa berdosa dengan awak
Sebab awak terlalu setia sebagai seorang kekasih
Tak pernah merungut bila berkorban
Tak pernah meminta untuk di sayangi
Tapi rela untuk setiap kali di lukai
Kalau awak baca, saya harap awak faham
Saya sayang tapi saya tak boleh
Hati saya luruh bila awak kata nak pergi
Tapi saya redha dengan ketentuan
Maafkan saya sebab saya tak sempurna
Dan terlalu banyak harapan yang saya berikan pada awak
Semoga awak kekal bahagia dengan dunia baru
Semoga pengalaman dapat mengajar kita
Erti setia dan kasih sayang yang sebenar
No comments:
Post a Comment